OGOS 2022

YAB Premier Sarawak Rasmi Esplanade Simunjan


SIMUNJAN, 20 Ogos - Acara Perasmian di mulakan dengan Taklimat Pembangunan Daerah Simunjan oleh pihak JKR Sarawak dan disusuli lawatan ke Tapak Pameran daripada agensi-agensi kerajaan.

Setelah lawatan, YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg ke pentas utama dengan sambutan penuh kegembiraan daripada hadirin yang hadir.

Dalam ucapan amanat, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada penduduk Daerah Simunjan yang telah mendapat Esplanade baharu yang bernilai RM1.25 Juta.

YAB Abg Jo juga melulus dengan serta merta tambahan sebanyak RM 3 Juta lagi sebagai tambahan untuk  naiktaraf  Esplanade tersebut sepertimana di pohon oleh YB Awla Dris dalam ucapan aluan beliau. 

"Saya juga meluluskan pembinaan semula Benteng Simunjan yang telah roboh sebelum ini dengan nilai sebanyak RM79juta yang akan dibina dalam 3 Fasa, Fasa 1 mengambil masa 6 bulan, akan bermula dari hari ini, saya akan mantau" ujarnya.

Berhubung dengan bekalan air bersih, YAB Abg Jo menyatakan bahawa paip besar akan menyalur air bersih dari Kuching ke Samarahan dan melalui Jambatan Sadong terus ke Simunjan dan satu lagi saluran dari Serian ke Simunjan dan berharap ianya akan menyelesaikan masalah air bersih di Simunjan dan Gedong. 

"Saya juga sebentar tadi telah meluluskan Pembinaan Pejabat Daerah Simunjan dan Kediamaan Kakitangan kerajaan Baharu," katanya sebagai respon daripada permohonan YB Awla Dris.

Tambah nya lagi, kelulusan juga telah di beri kepada LCDA untuk membina Perumahan, manakala Jabatan Tanah dan Ukur akan membuka Skim Perumahan seluas 81 ekar untuk Rumah Mampu Milk bernilai RM45juta dan tambahan RM30 Juta untuk membina Benteng hakisan Sungai di Kpg Sageng.

Turut hadir adalah YB Datuk Haji Julaihi Nahrawi, Menteri Utiliti dan Komunikasi, YB Dato Sri Hajjah Nancy Hj Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia, YB Awla bin Dris, ADUN N25 Simunjan, YB Aidel Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya, YB Dato Hajjah Rubiah Wang, Ahli Parlimen P197, Samarahan, YB Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan dif-dif kenamaan.

Sumber dari : Sarawakku